- Lain-lain
2018年养老金总体上涨5%左右 两类人可多涨点
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa memaklumkan, pihaknya telah mencapai perjanjian perdagangan penting dengan rakan sejawatnya dari Indonesia Prabowo Subianto yang digambarkan sebagai bersejarah.
Trump melalui akaun media sosialnya berkata, Indonesia bersetuju "membuka keseluruhan pasaran domestiknya ke AS untuk kali pertama."
Menurut perjanjian itu, Indonesia berjanji untuk membeli produk tenaga AS yang bernilai USD15 bilion (RM63.77 bilion), produk pertanian yang bernilai USD4.5 bilion (RM19.13 bilion) dan 50 unit pesawat Boeing.
Selain itu pasaran Indonesia buat kali pertama terbuka kepada peternak, petani dan nelayan AS.
Di samping itu, Indonesia akan membayar tarif 19 peratus kepada AS untuk semua barangan yang dieksport ke AS, manakala produk eksport AS ke Indonesia pula menikmati status bebas tarif dan halangan bukan tarif.
Jika terdapat barangan yang dihantar semula melalui Indonesia dari negara-negara lain yang dikenakan tarif lebih tinggi, tarif tersebut akan ditambah kepada tarif Indonesia.
Trump turut memaklumkan bahawa beberapa rundingan perjanjian perdagangan yang serupa sedang dijalankan.
- Tarif AS:?EU Ikrar?Lindungi Kepentingan Diri
- AS Umum Tarif Import 30 Peratus terhadap Mexico dan EU
- Trump Umum Tarif 50 Peratus untuk Import Tembaga Mulai 1 Ogos
- Tarikh Pelaksanaan Tarif Baharu Kekal 1 Ogos: Trump
- UNCTAD: Dagangan?Perkhidmatan Kekal Pemacu Utama Pertumbuhan Global
- Ancaman Tarif AS 'Amat Tidak Bertanggungjawab' - Presiden Brazil
- AS Umum Tarif Baharu Buat Tujuh Negara
- Jangan Capai Perjanjian Perdagangan dengan Korbankan Kepentingan China
- China, AS Masing-masing Longgarkan Kawalan Eksport dan Sekatan
- Tinjauan CGTN: AS Diseru Bertindak Sehaluan dengan China dalam Isu Dagangan