- Lain-lain
新塘车乐汇汽车音响改装旗舰店 时尚好音质 宝
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menangani bencana kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.
Dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB pada Rabu, Fu berkata PBB telah berulang kali menunjukkan bahawa mekanisme pengagihan barangan bantuan yang dimiliterisasi Amerika Syarikat dan Israel bukan sahaja melanggar prinsip adil, bebas dan berkecuali, malah gagal meringankan penderitaan rakyat Gaza, sebaliknya mengakibatkan lebih banyak kematian awam.
Ujarnya PBB mempunyai sistem yang lengkap dan pengalaman yang luas, untuk menghantar bantuan kemanusiaan secara besar-besaran ke seluruh kawasan Gaza.
Semua pihak perlu menyokong PBB dalam melaksanakan bantuan mengikut prinsip kemanusiaan.
Fu Cong turut menyatakan bahawa, China menggesa Israel menghentikan segera semua tindakan ketenteraan di Gaza.
Katanya, negara-negara yang mempunyai pengaruh penting terhadap pihak-pihak terlibat perlu mengamalkan sikap adil dan bertanggungjawab, serta mengambil tindakan konkrit dan efektif untuk mendorong gencatan senjata.
- Gaza Terus Bermandi Darah, Lebih 58 Ribu Terkorban Sejak 2023
- Indonesia Kutuk Serangan Udara Israel di Gaza
- OIC Kutuk Serangan Israel di Asia Barat
- AS Sekali Lagi Guna Kuasa Veto Terhadap Draf Resolusi Gencatan Senjata di Gaza
- Gencatan Senjata di Gaza Perlu Disegerakan: Duta China
- Hampir 64 Peratus Bekalan Peralatan Perubatan Kehabisan di Gaza
- Tentera Israel Kuasai 77 Peratus Gaza
- Lebih 140 Maut dalam Serangan Udara Israel di Gaza
- AL Seru Hentikan Perang di Gaza, Menentang Dakwaan Pindahkan Rakyat Palestin
- PBB Peringati Ulang Tahun Nakba, China Seru Pelaksanaan “Penyelesaian Dua Negara”