- Lain-lain
国内成品油价格鸡年首降 各地油价稳居六元时代
Satu laporan yang dikeluarkan ahli Demokrat Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, menggembar-gemburkan China sebagai cabaran strategik terhadap negaranya, bahkan menyeru kerajaannya bertindak menghidupkan jentera yang berkesan untuk menghadapi persaingan dari China.
Sehubungan dengan ini, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar pada Jumaat berkata, laporan tersebut penuh dengan mentaliti Perang Dingin dan mewarwarkan konfrontasi antara kuasa besar, menggembar-gemburkan "ancaman China" dengan bertujuan untuk menyekat dan menindas China.
China menyatakan tentangan yang tegas terhadap laporan tersebut.
Lin menegaskan, China menegakkan dasar luar yang mandiri dan damai, sentiasa bertindak sebagai tenaga positif dan stabil demi kemaslahatan umat manusia. China tidak berniat dan tidak akan bertanding dengan mana-mana negara dalam konteks menunjukkan daya pengaruh.
China sentiasa melihat dan menangani hubungan dengan AS berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama untuk mewujudkan situasi sama menang dan sama selali tidak pernah melakukan persaingan yang berniat jahat atau mencetuskan konfrontasi antara kuasa besar untuk menggantikan atau mencabar negara lain.
China menggesa tokoh-tokoh AS terbabit memupuk persepsi yang tepat terhadap China, melihat China dan hubungan China-AS dengan sikap objektif dan rasional, menghentikan serangan, sekatan dan penindasan terhadap China serta tindakan untuk memburukkan imej China, sebaliknya menyumbang kepada perkembangan hubungan dua hala yang stabil, kukuh dan mantap.
- China Kecam Kertas Putih Pertahanan Jepun 2025, Tuntut Hentikan Tuduhan Tidak Berasas
- China Sanggah Kenyataan Setiausaha Pertahanan AS
- China Kecam Dakwaan Filipina yang Salah
- Jepun Digesa Henti Uar-uarkan "Ancaman China"
- China Membantah Jepun yang Gembar-Gemburkan “Ancaman China”
- Jepun Didesak Berhati-hati dalam Gerak Kera Ketenteraan
- Jawatankuasa Hal Ehwal Luar NPC Bantah Resolusi Dewan Perwakilan AS
- AS Reka ‘Laporan Ketenteraan China’, Alasan untuk Kekalkan Hegemoninya