深化党和国家机构改革方案组建中央广播电视总台
 |
V2000CG CarryAll, sebuah pesawat berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL) elektrik berkapasiti dua tan, mengadakan demonstrasi penerbangan di pangakalan ujian penerbangan di Kunshan, Provinsi Jiangsu di timur China pada 22 Julai 2025. (Xinhua/Fang Zhe) |
百度 正如胡峤诗云:玉髓晨烹谷雨前,春茶此品最新鲜。
Sebuah syarikat pemula China pada Selasa mula menyerahkan pesawat berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL) iaitu V2000CG CarryAll yang berkapasiti maksimum berlepas sehingga dua tan kepada pelanggannya, lapor agensi berita Xinhua.
Dengan penyerahan oleh syarikat AutoFlight yang berpangkalan dari Shanghai itu, ia sekali gus menandakan pencapaian baharu dalam pengaplikasian eVTOL besar.
Susulan daripada pemerolehan sijil jenis dan sijil pengeluaran tahun lepas, bersama-sama dengan sijil kelayakan udara yang diperoleh pada Isnin, pesawat tanpa pemandu itu akan dikendalikan oleh syarikat pengangkutan beraltitud rendah yang berpangkalan di Guangzhou.
V2000CG CarryAll yang juga menggunakan elektrik sepenuhnya mempunyai kapasiti muatan sehingga 400 kilogram dengan kelajuan penerbangan maksimum 200 kilometer sejam dan jarak 200 kilometer. Ia menampilkan keupayaan berlepas dan mendarat menegak serta reka bentuk pelayaran sayap tetap, membolehkan ia digunakan dalam logistik beraltitud rendah, respons kecemasan dan bidang lain.
Xie Jia, naib presiden kanan AutoFlight berkata jenis pesawat itu setakat ini telah melengkapkan lebih 40,000 kilometer penerbangan dengan selamat merentasi pelbagai rupa bumi di seluruh China dan negara lain seperti Emiriah Arab Bersatu dan Jepun, yang membantu mengabsahkan prestasinya dan meneroka potensi senario pengaplikasiannya.
Penyerahan eVTOL itu bertepatan dengan keadaan ekonomi altitud rendah China sedang yang memasuki tahap pertumbuhan pesat.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China, nilai pasaran sektor itu akan melonjak daripada RMB500 bilion (kira-kira AS$70 bilion) pada 2023 kepada RMB1.5 trilion pada 2025, dan jumlah itu boleh mencecah RMB3.5 trilion menjelang 2035.
 |
Sijil kelayakan terbang (kiri), sijil pengeluaran (tengah) dan sijil jenis V2000CG CarryAll dipamerkan semasa upacara penyerahan pesawat itu di Kunshan, Provinsi Jiangsu di timur China pada 22 Julai 2025. (Xinhua/Fang Zhe) |
 |
Pelawat berbincang bersebelahan dengan V2000CG semasa upacara penyerahan pesawat itu di Kunshan, Provinsi Jiangsu di timur China pada 22 Julai 2025. (Xinhua/Fang Zhe) |
 |
Upacara penyerahan pesawat V2000CG CarryAll di Kunshan, Provinsi Jiangsu di timur China pada 22 Julai 2025. (Xinhua/Fang Zhe) |
 |
Foto pesawat V2000CG CarryAll semasa upacara penyerahannya di Kunshan, Provinsi Jiangsu di timur China pada 22 Julai 2025. (Xinhua/Fang Zhe) |
 |
Pemandangan sudut udara ini memaparkan pesawat V2000CG CarryAll di landasannya di Kunshan, Provinsi Jiangsu di timur China pada 22 Julai 2025. (Xinhua/Fang Zhe) |
 |
Pesawat V2000CG CarryAll menalani demonstrasi penerbangan di sebuah pangkalan ujian penerbangan di Kunshan, Provinsi Jiangsu di timur China pada 22 Julai 2025. (Xinhua/Fang Zhe) |
 |
Foto sudut udara ini memaparkan pangkalan ujian penerbangan buat pesawat V2000CG CarryAll di Kunshan, Provinsi Jiangsu di timur China pada 22 Julai 2025. (Xinhua/Fang Zhe) |