- Lain-lain
哺乳期可以吃什么消炎药
China akan mempertahankan pendirian yang adil dan saksama, mengekalkan komunikasi rapat dengan Kemboja dan Thailand, secara aktif mendorong rundingan damai, serta memainkan peranan konstruktif untuk mewujudkan gencatan senjata antara Kemboja dengan Thailand.
Jurucakap Kementerian Luar China berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konflik kekerasan di kawasan sempadan Kemboja dan Thailand, pada Ahad.
Beliau berkata, Kemboja dan Thailand adalah jiran antara satu sama lain, dan juga negara jiran dan sahabat bagi China.
Mengekalkan sikap kejiranan baik dan saling percaya serta menangani perselisihan dengan baik bukan sahaja sesuai dengan kepentingan asas kedua-dua negara untuk jangka masa panjang, bahkan juga bermanfaat bagi keamanan dan kestabilan serantau, kata jurucakap itu.
Beliau berkata, China berharap Kemboja dan Thailand mengambil berat kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara, menghargai keamanan dan hubungan kejiranan baik, menangani perselisihan secara damai melalui dialog dan perundingan, agar memulihkan keamanan dan kestabilan di kawasan sempadan secepat mungkin.
Jurucakap itu menambah bahawa Kemboja dan Thailand merupakan anggota penting dalam ASEAN. ASEAN sejak beberapa hari ini secara proaktif berusaha untuk mempromosikan gencatan senjata antara kedua-dua negara itu.
China memuji kesungguhan ASEAN tersebut dan mengalu-alukan semua usaha yang kondusif untuk meredakan ketegangan situasi serantau.
- Kemboja Alu-alukan Seruan PBB untuk Selesaikan Pertikaian Melalui Rundingan
- China Saran Thailand dan Kemboja Selesaikan Pertikaian Menerusi Dialog dan Rundingan
- China Seru Kemboja, Thailand Redakan Ketegangan
- Kemboja Umum Tindak Balas Diplomatik Terhadap Thailand
- Thailand Bakal Perketat Kawalan Sempadan dengan Kemboja
- Thailand, Kemboja Selesai Bincang Isu Sempadan di Phnom Penh
- Thailand, Kemboja Capai Konsensus Redakan Ketegangan di Sempadan